Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Venom: Let There Be Carnage Akan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia 11 November Ini

Hari ini, Sony Pictures Entertainment Malaysia mengesahkan tarikh tayangan filem terbaru Sony Marvel, Venom: Let There Be Carnage, iaitu pada 11 November ini, lebih sebulan dari tarikh tayangan global dan dua minggu lebih awal dari tarikh tayangan asal di Malaysia.

Lebih dari setahun selepas peristiwa Venom (2018), wartawan penyiasat Eddie Brock berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupannya sebagai hos kepada simbiote asing, Venom, yang memberikannya kemampuan manusia super yang sangat merbahaya. Brock cuba menghidupkan kembali kariernya dengan menemubual pembunuh bersiri Cletus Kasady, yang menjadi hos Symbiote Carnage dan melarikan diri dari penjara setelah pelaksanaan hukuman mati yang gagal.

Tom hardy kembali ke layar lebar sebagai pelindung maut, Venom, salah satu watak Marvel yang paling hebat dan paling kompleks. Diarahkan oleh Andy Serkis, filem ini turut dibintangi Michelle Williams, Naomie Harris dan Woody Harrelson, yang akan memainkan watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage.

Lakon layar ditulis oleh Kelly Marcel, berdasarkan cerita oleh Tom Hardy dan Marcel. Hardy turut memjadi penerbit bersama Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal dan Hutch Parker. 

Strim Venom (2018)

Related posts

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

Leave a Comment