Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Venom: Gambar-Gambar Awal Tom Hardy Sebagai Eddie Brock

Penggambaran filem spinoff Spider-Man, Venom telahpun bermula beberapa minggu yang lalu dan beberapa laman Twitter telah memuatnaik gambar-gambar pertama Tom Hardy sebagai Eddie Brock aka Venom.

Proses principal photography telah pun bermula pada 23 Oktober yang lalu dan bertempat di Atlanta sebelum mereka berpindah ke beberapa lokasi di New York dan San Francisco.


Setakat ini tiada info atau maklumat lanjut mengenai plot filem Venom, tetapi difahamkan plot filem akan diadaptasikan dari siri komik Venom: Lethal Protector dimana Eddie Brock akan diburu oleh beberapa pembunuh upahan yang juga terdiri daripada Symbiote – sama seperti Eddie Brock.

Anda boleh baca artikel mengenai plot Venom disini 

Filem spin-off ini diarahkan oleh Ruben Fleischer, dan ia juga turut dibintangi oleh beberapa pelakon seperti Jenny Slate, Riz Ahmed dan Michelle Williams.

Venom ditulis oleh Jeff Pinkner bersama-sama Scott Rosenberg dan akan ditayangkan pada 5 Oktober 2018.

 

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment