Berita

Venom & Black Cat Akan Berkongsi Universe Dengan Spider-Man - Amy Pascal

Views

Dalam temubual bersama, bekas eksekutif Sony Entertainment, Amy Pascal serta Presiden Marvel, Kevin Feige mengesahkan terdapat kemungkinan filem Spider-Man, Lakonan Tom Holland akan berlaku "Crossover" diantara filem Marvel itu dengan filem terbitan Sony akan datang iaitu Venom dan Black Cat/Silver Stable.

Ramai peminat tertanya-tanya apakah perjanjian yang dilakukan diantara kedua-dua studio besar itu apabila, karakter milik Sony dipinjamkan ke Marvel untuk muncul dalam dunia MCU dan kemudiannya adakah peluang untuk berlaku crossover sekiranya Sony tetap meneruskan filem spinoff Spider-Man yang menampilkan karakter Venom serta Black Cat.

Semasa ditemubual untuk filem Spider-Man: Homecoming, Pascal dan Fiege ditanya mengenai hubungan antara Spider-Man lakonan Tom Holland dengan filem spin-off Sony akan datang, Pascal menjawab dengan mengesahkan crossover diantara filem tersebut telahpun pun dibincang.

"Well, those movies will all take place in the world that we’re now creating for Peter Parker,”

“They’ll all be adjuncts to it. They may be different locations, but it will still all be in the same world. They will all be connected to each other as well.” - Amy Pascal

Pascal membayangkan, filem Spinoff akan datang itu mempunyai universe yang sama dengan Marvel Cinematic Universe tetapi tidak secara rasmi berada dalam universe tersebut.

Ia menimbulkan sedikit kekeliruan memandangkan, Fiege pernah memberitahu bahawa mereka tidak merancang untuk melakukan crossover di antara Venom dan MCU.

Jadi filem keluaran Sony itu tidak akan menyebut mana-mana karakter MCU seperti Iron Man, Captain America atau Thor tetapi nama karakter Spider-Man mungkin akan disebut dalam filem itu dan dunia Spider-Man dan Venom atau Black Cat mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Sebelum ini, Sony mengumumkan dua filem Spin-off Spider-Man iaitu Venom yang menyaksikan Tom Hardy akan membawakan watak Eddie Brock manakala Ruben Fleischer akan mengarahkan filem tersebut manakala Silver dan Black pula akan diarahkan oleh Gina Prince-Bythewood.

Crossover diantara dua universe berbeza ini mungkin akan sedikit mengelirukan kerana Marvel menggunakan karakter Peter Parker pada zamannya remaja berbanding karakter Eddie Brock dalam filem Venom dimana dia menjadi Venom semasa Peter sudah dewasa.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks