Selepas Sony menandatangi perjanjian perkongsian karakter Spider-Man bersama Marvel, porjek franchise The Amazing Spider-Man telah digantung dan menyebabkan sekuel ketiga filem berkenaan telah dihentikan. Kesan dari perjanjian ini telah menyebabkan beberapa karakter Marvel yang dimiliki Sony yang sepatutnya keluar dalam filem-filem franchise Spider-Man seperti Venom, Sinister Six turut sama dihentikan.
Namun baru-baru ini Sony telah mengumumkan akan meneruskan projek mereka yang tergantung dengan menghasilkan beberapa filem antihero dan villain Marvel yang dimiliki oleh mereka dan salah satunya adalah karakter anti-hero, Venom. Filem ini dikhabarkan tidak akan berkait dengan mana-mana Marvel Cinematic Universe malah Sony mencipta Universe nya sendiri sama seperti apa yang dilakukan oleh pihak Marvel.
Sebelum ini Alex Kurtz, penulis dan penerbit filemĀ The Amazing Spider-Man 2Ā mengambarkan Venom adalah versi ‘darker’ filem Spider-Man. Beliau berkata;-
āThe idea is that you can do things with Venom that you canāt do with Spider-Man. Venom is the representation of every line that will get crossed. Heās a much darker character.ā
Berdasarkan dari info yang kami dapat dari My Entertainment World, filem Venom dikatakan bergenre aksi/horror sains fiksyen dan akan memulakan pengambaran mereka pada musim luruh ini nanti.
Selain itu juga, peminat berharap filem ini lebih dark dan karakternya lebih ganas, dalam erti kata lain ‘R-Rated’ filem. Seperti dua karakter antihero Marvel iaitu Logan dan Deadpool, peluang untuk kita melihat filemĀ Venom seganas filem Fox tersebut mungkin ada memadangkan Venom juga adalah karakter antihero.
Cuma setakat ini, kami tidak dapat mengutip lebih details mengenai filem ini. Diharap production yang dimulakan tidak lama lagi akan dapat memberikan lebih info mengenai filem terbaru Sony ini.
VenomĀ akan muncul di pawagam pada 5 Oktober 2018.