Berita

Venom 2 Telah Memulakan Penggambaran Secara Rasmi

Views

Aktor Tom Hardy mendedahkan bahawa penggambaran filem Venom 2 telahpun bermula! Dia memberitahu pekara itu kepada peminatnya menerusi laman Instagram miliknya (perkongsiannya telah dipadam).

Filem sekuel terbitan Sony Pictures ini akan diarahkan oleh Andy Serkis, yang menggantikan tempat pengarah filem pertama, Ruben Fleischer. Manakala skrip pula ditulis oleh Kelly Marcel. Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berkemungkina  ia akan membawa penonton melihat pertembungan diantara Venon dan musuhnya iaitu Carnage.

Tom Hardy akan kembali memainkan wataknya sebagai Eddie Brock / Venom bersama-sama Michelle Williams sebagai Anne Weying, Woody Harrelson sebagai Cletus Kasady a.k.a Carnage, Naomie Harris sebagai Frances Barrison, aka Shriek dan Reid Scott sebagai Dan Lewis, teman lelaki Anne Weying.

Filem pertama Venom yang diterbitkan pada tahun 2018 berjaya mencatatkan kutipan luarbiasa iaitu sebanyak $855 juta dolar seluruh dunia walaupun menerima respon negatif dari para pengkritik.

Sony Pictures telah menetapkan tarikh tayangan Venom 2 iaitu pada 2 Oktober 2020.

BACA:  Filem The Martian Catat Keuntungan Besar Di Utara Amerika Sahaja

Tinggalkan Balasan

shares