Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

VENOM 2: Pandangan Terbaru Cletus Kasady aka Carnage Telah Didedahkan!

Nampaknya karakter Woody Harrelson, Cletus Kasady aka Carnage telah diberi penampilan baru dalam filem sekuel Venom 2. Berdasarkan perkongsian dari pelakon Tom Hardy di laman Instagram miliknya (kini telah dipadam), Cletus Kasady kelihatan sangat berbeza dari penampilan pertamanya dalam babak post kredit Venom. Anda boleh saksikan pandangan terbaru musuh Venom itu dibawah.

Venom 2 dibintangi Tom Hardy yang kembali membawa wataknya sebagai Eddie Brock / Venom. Dia akan bersama-sama Michelle Williams sebagai Anne Weying, Woody Harrelson sebagai Cletus Kasady a.k.a Carnage, Naomie Harris sebagai Frances Barrison, aka Shriek dan Reid Scott sebagai Dan Lewis, teman lelaki Anne Weying.

Andy Serkis menggambilalih kerusi pengarahan dari Ruben Fleischer. Manakala skrip pula ditulis oleh Kelly Marcel. Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berkemungkina  ia akan membawa penonton melihat pertembungan diantara Venom dan musuhnya iaitu Carnage.

Proses penggambaran telahpun bermula dan Sony Pictures menetapkan tarikh 2 Oktober 2020 untuk tayangan filem Venom 2.

 

View this post on Instagram

 

New look Woody Harrelson sebagai Cletus Kasady aka Carnage dalam filem #Venom2 #Kakimuvee

A post shared by Kakimuvee (@kakimuvee) on

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment