Berita

Venom 2 Berkemungkinan Diberi Rating ‘R’

Views

Perkembangan terbaru yang masih belum diputuskan tetapi mungkin memberikan sedikit keterujaan kepada peminat-peminat filem Venom. Menurut laporan portal Joblo baru-baru ini, berkemungkinan besar filem sekuel Venom 2 akan diberi rating ‘R’ atau klasifikasi 18 tahun keatas mengikut garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan penerbit Matt Tolmach yang mendedahkan bahawa Sony berminat memberi ‘rating-R’ kepada filem sekuel akan datang. Ia berdasarkan kejayaan filem adaptasi komik terbitan Warner Bros., Joker yang berjaya memecahkan beberapa rekod kutipan meskipun filem tersebut diklasifikasikan sebagai ‘R-rated’.

I mean, I think you always have to think about [it], now that that works,”

Having said that, our movie worked really well. Our franchise exists as it is, and I don’t think anybody is looking to just say, ‘Hey, they [did it]!’ We have a place in the world. So it isn’t like suddenly everybody’s considering what to do with the rating. … I think what Joker does is it tells you that you can succeed. For a very long time, that was the narrative. And Deadpool sort of wrestled that to the turf, and then Logan, but for a long time, that was considered totally forbidden. … So you know, I think it’s the greatest thing in the world that R-rated movies are being embraced by massive audiences. And it just means that there are more opportunities for that kind of storytelling.

BACA:  HBO Bakal Hasilkan Limited Series "Parasite"

Sementara itu, bintang siri HBO Boardwalk Empire, Stephen Graham disahkan menyertai barisan pelakon Venom 2. Setakat ini watak yang bakal dibawa oleh aktor tersebut masih lagi tidak diketahui.

Graham akan menyertai Tom Hardy akan kembali memainkan wataknya sebagai Eddie Brock / Venom bersama-sama Michelle Williams sebagai Anne Weying, Woody Harrelson sebagai Cletus Kasady a.k.a Carnage, Naomie Harris sebagai Frances Barrison, aka Shriek dan Reid Scott sebagai Dan Lewis, teman lelaki Anne Weying.

Venom 2 diarahkan oleh Andy Serkis, yang menggantikan tempat pengarah filem pertama, Ruben Fleischer. Manakala skrip pula ditulis oleh Kelly Marcel. Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berkemungkina  ia akan membawa penonton melihat pertembungan diantara Venom dan musuhnya iaitu Carnage.

Proses penggambaran telahpun bermula dan Sony Pictures menetapkan tarikh 2 Oktober 2020 untuk tayangan filem Venom 2

Tinggalkan Balasan

shares