Berita

Venom 2 Bakal Menampilkan Satu Lagi Watak Villain Iaitu “Shriek”

Views

Venom 2 bakal menampilkan pelakon Woody Harrelson yang akan memainkan peranan sebagai pembunuh bersiri Cletus Kasady a.k.a Carnage, bagaimanapun dia akan keseorangan.

Menurut laporan dari laman Deadline, filem kedua Venom itu akan turut memperkenalkan satu lagi watak villain iaitu Shriek, kekasih Kasady dalam versi komik Marvel.

Karakter dan asal usul Shriek dalam filem sekuel itu nanti mungkin sedikit berbeza memandangkan terdapat kekangan hakcipta. Berdasarkan komik, Frances Barrison – seorang pengedar dadah, dan juga merupakan mutant –  menjadi ‘supervillain’ yang dikenali sebagai Shriek selepas kecederaan teruk yang dialaminya telah mencetuskan abiliti luarbiasa.

Antara abiliti Shriek adalah ledakan tenaga sonik, penerbangan, dan keupayaan untuk mencetuskan emosi yang gelap dan ganas pada orang lain.

Setakat ini, jurucakap Sony enggan mengulas mengenai karakter Shriek, bagaimanapun peminat mungkin mengentahuinya apabila Venom 2 memulakan penggambaran awal tahun hadapan.

Filem sekuel terbitan Sony Pictures ini akan diarahkan oleh Andy Serkis dan menyaksikan Venom 2 akan menyaksikan Tom Hardy kembali sebagai Eddie Brock / Venom bersama-sama Michelle Williams sebagai Anne Weying.

BACA:  Nantikan Trailer Infinity War Malam Ini

Venom 2 akan menemui penonton pada 2 Oktober 2020.

Tinggalkan Balasan

shares