BeritaSlot Asia

Vanguard & The Rescue Dibatalkan Tayangan Susulan Wabak Coronavirus

Detective Chinatown 3 dan filem animasi Legend of Deification Jiang Ziya turut ditangguhkan tayangannya

Views

Susulan penularan wabak Coronavirus, empat filem Tahun Baru Cina iaitu Vanguard, The Rescue, Detective Chinatown 3 dan filem animasi Legend of Deification Jiang Ziya telah ditangguhkan tayangannya di China serta seluruh dunia, termasuk Malaysia berkuatkuasa serta merta.

Penangguhan tersebut dipercayai bagi mengelakan virus merbahaya itu dari terus merebak dikawasan yang menjadi tumpuan orang awam seperti panggung wayang.

Sebab penangguhan tayangan di Malaysia tidak didedahkan syarikat pengedar filem, tetapi berkemungkinan besar, penangguhan dibuat bagi menuruti tarikh tayangan baru keempat-empat filem blockbuster itu. Kebiasaannya, tarikh tayangan filem dari China akan dijalankan serentak atau seminggu lewat dari negara asal.

Sementara itu, filem aksi komedi lakonan Donnie Yen, Enter the Fat Dragon tidak termasuk dalam senarai penangguhan, dan telah memulakan tayangannya mulai hari ini.

Filem aksi lakonan Jackie Chan dan filem komedi Detective Chinatown 3 sepatutnya memulakan tayangannya pada 25 Februari 2020, diikuti The Rescue pada 30 Januari dan Legend of Deification Jiang Ziya pada 6 Februari. Tarikh tayangan baru akan diumumkan kelak.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks