Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vanessa Kirby Kembali Bintangi Sekuel MISSION: IMPOSSIBLE

Dalam temubual terbaru bersama majalah Glamour Magazine UK baru-baru ini, pelakon Vanessa Kirby mengesahkan bahawa dia akan meneruskan wataknya sebagai Alanna Mitsopolis/White Widow dalam filem aksi sekuel Mission: Impossible 7 dan Mission: Impossible 8. Pelakon British itu pertama kali muncul dalam francais Mission: Impossible menerusi filem Mission: Impossible – Fallout yang ditayangkan pada 2018.

Kirby juga mendedahkan yang dia telahpun selesai menjalani penggambaran filem Piece of a Woman bersama Shia LaBeouf, dan kini sedang menjalani latihan intensif bagi mempersiapkan wataknya untuk filem akan datang


“I just wrapped filming a movie (Pieces of a Woman) about a couple who lose a baby with Shia LaBeouf who is now one of my best friends – I love him so much. It was extremely intense and very dark so going into training for Mission Impossible is slightly going to release it all.”

Filem terbaru akan datang dibintangi Tom Cruise, Hayley Atwell, Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames dan Henry Czerny,bersama-sama beberapa pendatang baru yang terdiri daripada Shea Whigham, dan Pom Klementieff.

Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru Mission: Impossible iaitu pada  23 Julai 2021 dan 5 Ogos 2022.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment