Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Val Kilmer Sah Kembali Bawakan Watak Iceman Dalam Filem Top Gun 2


Minggu lepas, aktor Tom Cruise telah mendedahkan gambar pertama yang menandakan penggambaran filem sekuel Top Gun sudahpun bermula. Terbaru, laporan dari laman web The Wrap mengesahkan, Val Kilmer akan kembali dalam filem tersebut sebagai Tom “Iceman” Kazansky” ‘musuh’ kepada Maverick lakonan Tom Cruise.

Pada tahun 2015, Val Kilmer mengesahkan beliau telah menerima tawaran untuk kembali dalam filem Top Gun 2, dan aktor tersebut menerima tawaran tersebut tanpa membaca skrip terlebih dahulu.

Top Gun 2 menyaksikan Tom Cruise sekali lagi bekerjasama dengan pengarah Joseph Kosinski selepas filem Oblivion (2013). Manakala Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer bertindak selaku penulis lakonlayar untuk filem kedua ini.

Studio Paramount Pictures telah mengumumkan tarikh rasmi tayangan filem Top Gun 2 iaitu pada 12 Julai 2019


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee