Review

Vacation Review

View

vacation_2015_movie-wide

Filem Vacation yang dibintangi oleh pelakon Ed Helms sebagai peneraju di samping Christina Applegate, merupakan filem yang mengisahkan tentang satu perjalanan percutian malang dalam sebuah keluarga yang tidak disangka-sangka.

Hasil arahan pengarah Jonathan Goldstein dan John Francis Daley, ianya mengisahkan tentang Rusty Griswold (Helms), seorang juruterbang tambang murah yang berusaha untuk mengembalikan kegembiraan didalam keluarganya setelah dia mendapati keluarganya kelihatan murung dan perlu memperbetulkannya.

Griswold ingin mengejutkan isterinya Debbie (Applegate) dan dua anak lelaki mereka untuk mengunjungi taman tema kegemaran Amerika, Walley World.

Meski pun Debbie lebih mengimpikan percutian mewah seperti di London, dia  terpaksa mengikuti kehendak suaminya dan pengembaraan dilakukan dengan menaiki kereta sewa yang pelik lagi menyusahkan.

Sepanjang perjalanan mereka menaiki kereta ke Walley World, mereka singgah ke beberapa lokasi dan ia meninggalkan kesan dan kenangan yang melucukan.

Filem ini juga turut dibintangi oleh salah seorang superhero Avengers,  Chris Hemsworth. Jika anda ingin melihat aksi humor beliua, filem ini harus anda tonton. Chris Hemsworth berjaya melakonkan dengan baik peranannya sebagai Stone Crandall, seorang ahli politik yang gemar memikat.

BACA:  Den Of Thieves (2018) Review

Vacation Thor

Crandall berkahwin dengan adik perempuan Debbie dan mempamerkan kebahagiaan yang tidak berbelah bahagi di hadapan keluarga Griswold sehingga Debbie merasakan kekurangan dalam rumah tangga.

Di akhir cerita baharulah penonton mengetahui bahawa kebahagiaan yang ditonjolkan pasangan ini adalah bukan kebahagiaan sebenar, sebaliknya hanya bermuka-muka di hadapan orang lain untuk menutup kisah masing-masing.

Debbie dan anak-anaknya pula sering merasakan bapa mereka aneh dan pentingkan diri sendiri sedangkan bagi Griswold, sebagai seorang bapa beliau sanggup mengetepikan tawaran pekerjaan yang lebih lumayan semata-mata mahu memastikan masa beliau bersama keluarga tidak terjejas.

VACATION

Pengajaran di sebalik garapan cerita ini telah disampaikan dengan baik dan itulah yang sebenar-benarnya kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan, iaitu pengorbanan.

Meski pun bukan dibarisi pelakon terkenal namun kekuatan Applegate masih berkesan. Pujian buat pengarah fotografi Barry Peterson kerana menghidangkan pemandangan indah keluarga ini merentasi jeram dalam satu aktiviti yang hampir membunuh keluarga mereka.

Visual yang cantik menjadikan perjalanan cerita yang cukup menarik. Terdapat elemen seksualiti yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak meski pun filem ini diklasifikasikan sebagai P13.

BACA:  Recap Keluarga Baha Don Episod 1 & 2

Rating: PG13
Genre: Komedi Keluarga
Pengarah: Jonathan Goldstein dan John Francis Daley
Penulis: Jonathan Goldstein dan John Francis Daley
Pelakon: Ed Helms, Christina Applegate, Leslie Mann, dan Chris Hemsworth
Edaran: Warner Bros.

Tinggalkan Balasan

shares