Siri animasi kanak-kanak popular Upin Ipin akan kembali ke layar perak dan kali ini kemunculan mereka sangat istimewa dan unik. Filem terbaru Upin Ipin ini bukannya berbentuk animasi, tetapi “live action”. Ini bermaksud Upin & Ipin akan berlakon dengan manusia didunia nyata.
Filem “live action” Upin Ipin ini adalah hasil kerjasama Les’ Copaque Production dan KRU Studios dan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Filem yang diberi nama Upin Ipin ‘Jeng Jeng Jeng’ mengisahkan Upin Ipin yang datang membawa fantasi kanak-kanak ke dunia nyata.
Ini bukanlah kali pertama Upin Ipin muncul dilayar perak. Sebelum ini mereka telah muncul dalam filem Geng Pengembaraan Bermula yang ditayangkan pada tahun 2009 dan telah mendapat kutipan box office sebanyak RM6 juta.
Filem Upin Ipin ‘Jeng Jeng Jeng’ bakal menyaksikan pelakon-pelakon hebat antaranya Putri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan ramai lagi. Dan teraju utama filem ini adalah pengarah terkenal, Erma Fatimah.
Setakat ini tiada infomasi mengenai tarikh tayangan filem Upin Ipin ‘Jeng Jeng Jeng’. Apapun kita tunggu pengumuman rasmi dari kedua-dua pihak produksi iaitu Les’ Copaque Production dan KRU Studios mengenai tarikh tayangan filem tersebut.
Sebelum itu mari kita layan teaser filem Upin Ipin ‘Jeng Jeng Jeng’ ini