Upin Ipin Jeng Jeng Jeng terus menambah jumlah kutipan tiket pada hari keempat walaupun dikritik teruk gara-gara rasa tidak puas hati ibu bapa yang datang menonton filem berkenaan. Sehingga kini, akhbar New Straight Time melaporkan filem berkenaan telah mendapat kutipan tiket sebanyak RM3juta pada hari keempat.
Pada hari pertama tayangan, ia berjaya mengutip sebanyak RM500 000, dan mula mendapat respond negatif dari ibu bapa setelah mereka tidak berpuashati karakter Upin Ipin tidak muncul dengan kerap dan berpendapat filem berkenaan tidak patut meletakkan tajuk Upin Ipin semata-mata mahu menarik penonton kecil.
Upin Ipin Jeng Jeng Jeng telah ditayangkan di 122 buah pawagam tanah air, diedarkan oleh Primeworks Distribution dan diterbitkan oleh Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios.
Filem yang berdasarkan siri animasi tempatan tanah air ini mengisahkan seorang anak yatim yang bernama Aqish (lakonan Putri Balqis Azizi) yang selalu membayangkan watak animasi Upin dan Ipin adalah benar. Mengentahui pusat rumah anak-anak yatim yang dihuninya akan diambil semula oleh tuan tanah, Aqish meminta bantuan Upin dan Ipin yang untuk menyelamat pusat berkenaan.
Diarahkan oleh Ainon Ariff dan Erma Fatima, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! turut dibintangi oleh Awie, Gambit Saifullah, Remy Ishak dan Sara Ali, manakala suara Upin dan Ipin pula oleh individu sebenar iaitu Asyiela Putri
Ini adalah filem kedua dalam siri Upin dan Ipin selepas filem pertama iaitu Geng: Pengembaraan Bermula yang ditayangkan pada 2011