
Gejala cetak rompak masih lagi berleluasa di negara kita. Terbaru, filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menjadi mangsa terbaru lanun cetak rompak.
Baru ditayangkan beberapa hari di Astro First, versi cetak rompak Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah mula tersebar dia media sosial dan Telegram.
Sehubungan dengan itu, pihak produksi Les’ Copaque Production telah membuat laporan polis mengenai pekara tersebut.
Bukan itu sahaja, Les’ Copaque mengambil inisiatif dengan memuatnaik video amaran kepada lanun cetak rompak agar menghentikan kegiatan yang menyalahi undang-undang, atau diambil tindakan tegas.
Anda boleh saksikan video dibawah.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kini sedang dtayangkan di Astro First saluran 480.