Official Trailer

Universal Umumkan Tarikh Baru THE HUNT, Trailer Terbaru Turut Dilancarkan

Views

Lebih dari empat bulan sejak Universal Pictures memutuskan untuk membatalkan pelancaran filem thriller The Hunt. Kini, pihak studio secara rasmi mengumumkan tarikh baru untuk filem arahan Craig Zobel itu. Keputusan pembatalan oleh Universal dibuat sebagai penghormatan sebagai terhadap tembakan rambang yang terjadi di Dayton dan El Paso.

Anda boleh tonton trailer terbaru The Hunt dipemain video dibawah.

Dua belas individu telah terjaga dari tidur dan mereka tidak mengentahui dimana serta bagaimana mereka berada ditempat yang begitu terpencil. Mereka sebenarnya tidak mengentahui bahawa mereka telah dipilih dan dibawa disebuah tempat bernama Manor House untuk satu tujuan spesifik, iaitu diburu oleh golongan-golongan elit.

Crystal (Betty Gilpin) salah seorang individu yang diburu telah menukar rentak permainan apabila dia mula membunuh seorang demi seorang pemburu dan kemudiannya mencari seorang wanita misteri (Hilary Swank) yang menjadi dalam dalam permainan ‘The Hunters’ itu.

Turut menyertai Betty Gilpin dan Hilary Swank dalam filem ini adalah Ike Barinholtz dan Emma Roberts. The Hunt diarahkan oleh Craig Zobel manakala skrip dan cerita asal ditulis oleh Damon Lindelof dan Nick Cuse.

Filem The Hunt akan mula memburu penonton pada 13 Mac ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks