Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal Umumkan Sekuel Filem Muzikal Mamma Mia

Universal Pictures telah mengumumkan sekuel terbaru filem musikal Mamma Mia yang berjudul Here We Go Again!. Filem berkenaan dijadualkan bakal menemui penonton pada 20 Julai 2018.

Menurut laporan dari laman web Comingsoon.net, filem sekuel kali ini bakal menampilkan lagu-lagu popular 80an dari kumpulan ABBA dan Ol Parker, penulis filem The Best Exotic Marigold Hotel diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengarahkan filem ini.

Tarikh tayangan filem kedua ini dikatakan hampir sama dengan tarikh tayangan filem pertama iaitu 18 Julai 2007, 10 tahun yang lepas. Selain itu juga, tayangan filem Mamma Mia: Here We Go Again akan memberikan saingan kepada filem edaran 20th Century Fox, Alita: Battle Angel arahan Robert Rodriguez, filem live-action yang diadaptasikan manga bergenre sains fiksyen.

Rosa Salazar akan membawakan watak utama termasuk pemenang Anugerah Academy, Christoph Waltz, Jackie Earl Harley, Ed Skrein, Eiza Gonzales, Lana Condor, Leonard Wu, Jennifer Connely dan Marhershala Ali.

Tiada pelakon dari filem pertama yang akan berlakon dalam filem kali ini. Filem pertama sebelum ini dibintangi oleh Meryl Streep, Amanda Seyfried, Pierce Brosnan, Colin Firth dan lain-lain.

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee