Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal Umum Tarikh Tayangan Jurassic World 3


Meskipun filem kedua belum ditayangkan, Universal Studio mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan tarikh tayangan filem ketiga franchise Jurassic World  iaitu pada 11 Jun 2021.

Steven Spielberg dan Colin Trevorrow akan kembali menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Frank Marshall dan Pat Crowley yang bertindak selaku penerbit. Colin Trevorrow juga akan bekerjasama dengan penulis lakonlayar Pacific Rim: Uprising,  Emily Carmichael menghasilkan skrip filem ketiga ini nanti.

Pengarah itu filem ketiga masih belum diketahui dan plotnya juga tidak didedahkan kepada umum.

Jurassic World merupakan reboot dari franchise Jurassic Park dan juga adaptasi dari novel popular karya Michael Crichton. Dibintangi oleh Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, filem pertama Jurassic World yang ditayangkan pada tahun 2015 telah berjaya mengutip $1.7 billion seluruh dunia


Related posts

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

[TRAILER] Steven Spielberg Kembali Dengan Filem Terbaru Bertajuk “The Fabelmans”

Kakimuvee

Jurassic World: Crossover Antara ‘Fast & Furious’ & ‘Bourne’, Pengarah Lebih Berminat Melihat Raptor Mengejar Jason Bourne

Kakimuvee

[VIDEO] Jurassic World: Dominion Kutip AS$56 Juta Pada Tayangan Awal, Klip Terbaru Dilancarkan

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee