Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal Umum Tarikh Tayangan “Fast & Furious 10”

Selepas F9: The Fast Saga menunjukkan prestasi baik di pawagam, Universal Pictures secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran untuk filem ke-10 dalam francais aksi blockbuster Fast & Furious. Filem Fast & Furious 10 yang akan datang telah dijadualkan tayangan pada 7 April 2023, hampir dua tahun selepas debut F9. 

Walaupun berdepan dengan pandemik dan tayangan terhad di pawagam, entri terbaru Fast & Furious masih mampu menunjukkan prestasi baik di pentas box office global. Filem tersebut dilaporkan telah mengutip lebih $680 juta dolar seluruh dunia, melepasi kos pembikinan sekitar $200 juta dolar, dan menjadikan F9 filem paling laris sewaktu pandemik. 

Fast & Furious 10 sekali lagi akan diarahkan oleh Justin Lin, manakala lakon layar akan ditulis oleh Chris Morgan. Walaupun barisan pelakon belum diumumkan secara rasmi, kemungkinan besar Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, dan Sung Kang akan kembali meneruskan peranan masing-masing. 

Francais aksi blockbuster ini bermula pada 2001 menerusi filem Fast & Furious, dan diikuti beberapa sekuel, spin-off, dan permainan. Fast & Furious merupakan antara francais sinematik paling sukses dengan kutipan melebihi $6 billion dolar seluruh dunia. 

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Poster & Gambar Terbaru ” Uncharted” Goda Aksi Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment