Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal Tunda Tarikh Tayangan Fast & Furious 10

Tarikh pelancaran Fast & Furious 10 nampaknya telah ditangguhkan sedikit.

Universal Pictures hari ini mengumumkan bahawa ansuran kesepuluh dalam siri kegemaran peminat tidak akan dilancarkan 7 April 2023. Sebaliknya, ia telah ditunda lebih sebulan ke tarikh baru iaitu Jumaat, 19 Mei 2023.

Selain itu, filem animasi DreamWorks yang tidak diberi judul telah ditukarkan tarikh dari 24 Mac 2023 kepada 7 April 2023.

Fast & Furious 10 sekali lagi akan diarahkan oleh Justin Lin, manakala lakon layar akan ditulis oleh Chris Morgan. Walaupun barisan pelakon belum diumumkan secara rasmi, kemungkinan besar Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, dan Sung Kang akan kembali meneruskan peranan masing-masing. 

Advertisements

Francais aksi blockbuster ini bermula pada 2001 menerusi filem Fast & Furious, dan diikuti beberapa sekuel, spin-off, dan permainan. Fast & Furious merupakan antara francais sinematik paling sukses dengan kutipan melebihi $6 billion dolar seluruh dunia. 

 

 

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee