Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal Reboot Filem Bencana TWISTER

Pada akhir tahun 90-an menyaksikan kebangkitan genre bencana alam dan salah satu yang terbaik dari era tersebut adalah Twister yang diterbitkan pada tahun 1996.

Kini filem tersebut bakal diberi nafas baru apabila Universal merancangan untuk reboot semula Twister dengan Joseph Kosinski (Top Gun: Maverick) mungkin akan diberi tanggungjawab untuk mengarah.

Menurut Variety, Kosinski dan Universal kini dalam fasa rundingan, dan keputusannya akan diketahui tidak lama lagi.

Filem asal mengisahkan Bill “The Extreme” Harding lakonan Bill Paxton dan Dr. Joanne Harding lakonan Helen Hunt, dua pemburu ribut taufan yang di ambang perceraian. Mereka memutuskan untuk bekerjasama dalam mengejar puting beliung di Oklahoma dan menguji sistem amaran cuaca ciptaan mereka.

Butiran plot untuk filem reboot akan datang masih lagi tidak diketahui.

Twister yang diterbitkan pada tahun 1996 diarahkan oleh pengarah Speed, Ja De Bont dan diterbitkan Steven Spielberg serta ditulis secara bersama oleh Anne-Marie Martin (Prom Night) dan Michael Crichton (Jurassic Park).

Setelah dilancarkan pada tahun 1996, Twister mencatatkan kejayaan box office, meraih lebih dari $ 495 juta di seluruh dunia dengan anggaran modal sebanyak $ 88-92 juta dan mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik, yang mana semuanya memuji kesan khas filem ini. Twister turut mendapat filem dua pencalonan Oscar untuk Kesan Khas Terbaik dan Bunyi Terbaik

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee