Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal Pictures Umumkan Tajuk Sekuel Minions.

Studio Universal Pictures telah mengumumkan tajuk sekuel filem Minion iaitu Minions: The Rise of Gru. Selain itu juga, pihak studio turut mengumumkan tarikh tayangan iaitu pada 3 Julai 2020.

Pihak studio juga turut mengekalkan Kyle Balda sebagai pengarah. Beliau akan mengarahkan filem animasi ini bersama-sama Brad Ableson.

Berdasarkan tajuk filem tersebut, berkemungkinan besar ia akan lebih tertumpu kepada ‘origin’ Gru dan juga bagaimana Minions menjadi pembantu kepada penjahat malang, Gru dalam trilogi Despicable Me.

Minion yang diterbitkan pada 2015 berjaya meraih $1.159 billion dolar seluruh dunia dan kini menduduki tangga ke-11 kutipan paling laris sepanjang zaman.

Filem ‘spin-off’ Despicable Me itu menceritakan bagaimana Minions yang telah wujud sejak jutaan tahun mencari tuan yang jahat dan kejam. Bosan dan hampir mati kerana tidak bertuan, Kevin, Stuart, dan Bob memulakan pengembaraan mereka mencari penjahat yang kejam sehinggalah mereka berjumpa dengan Scarlet Overkill.

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating