Official Trailer

Universal Pictures Lancarkan Trailer Terbaru THE INVISIBLE MAN

Views

Universal Pictures dan Blumhouse Production telah melancarkan trailer terbaru The Invisible Man yang memberikan beberapa rakaman terbaru kepada penonton. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

The Invisible Man mengisahkan tentang Cecilia (Elisabeth Moss), yang menerima berita kematian teman lelakinya yang kasar akibat membunuh diri. Dia kemudiannya membina kehidupan baru yang lebih baik. Namun, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh berlaku disekeliling, dan mula mensyaki bahawa bekas teman lelakinya itu sebenarnya masih belum mati.

Turut membintangi filem ini adalah Storm Reid, Harriet Dyer, Aldis Hodge dan Oliver Jackson-Cohen yang memainkan peranan sebagai Invisible Man.

Pada awalnya, The Invisible Man menjadi sebahagian daripada “Dark Universe” yang dibangunkan Universal Studios, namun ianya diubah menjadi sebuah filem ‘standalone’ dengan mengambil pencipta francais Upgrade dan Insidious, Leigh Whannell sebagai penulis dan pengarah projek ini.

The Invisible Man akan menemui penonton pada 28 Februari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks