Universal Pictures Batalkan Tayangan Filem “The Hunt”

15608
views

Universal Pictures telah membatalkan tayangan filem terbaru mereka The Hunt yang sepatutnya ditayangkan pada  27 September tahun ini.

“Universal Pictures telahpun menghentikan kempen pemasaran The Hunt, selepas beberapa pertimbangan dibuat, pihak studio telah memutuskan untuk membatalkan rancangan kami untuk menayangkan filem tersebut” kata jurucakap Universal dalam satu kenyataan.

Pembatalan tayangan filem tersebut dikatakan berpunca dari beberapa siri kes tembakan rambang yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini. Pihak Studio telahpun menghentikan buat sementara waktu kempen pemasaran filem The Hunt pada minggu lalu, sebelum keputusan untuk membatalkan tayangan filem tersebut dibuat 2 hari lepas.

Dalam beberapa bahan pemasaran (rakaman dari trailer), ia memaparkan watak lakonan Betty Gilpin dan Ike Barinholtz menggunakan senjata rifle dan pistol untuk membunuh beberapa ahli kumpulan pemburu.

Jurucakap Universal bagaimanapun menjelaskan mereka tetap mengedarkan filem The Hunt, cuma ianya tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum buat masa ini, disebabkan kejadian yang berlaku di AS.

The Hunt diarahkan oleh Craig Zobel manakala skrip dan cerita asal ditulis oleh Damon Lindelof dan Nick Cuse.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here