Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal Menukar Tajuk Filem Reboot Doctor Dolittle Kepada “Dolittle”

Universal Pictures dilaporkan telah menukar tajuk filem terbarunya The Voyage of Doctor Dolittle ke tajuk yang lebih pendek iaitu DolittleFilem yang dibintangi Robert Downey Jr. ini akan menemui penonton tempatan pada 23 Januari tahun hadapan.

Filem arahan Stephen Gaghan ini diadaptasi dari karya “The Voyages of Doctor Dolittle” yang ditulis oleh Hugh Lofting. Ia menceritakan mengenai seorang ahli fizik yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.





Turut menyertai Robert Downey Jr. adalah Antonio Banderas, Michael Sheen dan Jim Broadbent yang memainkan peranan watak ‘live action’; manakala pelakon suara terdiri daripada John Cena, Marion Cotillard, Carmen Ejogo, Ralph Fiennes, Selena Gomez, Tom Holland, Rami Malek, Kumail Nanjiani, Craig Robinson, Octavia Spencer, Emma Thompson dan Frances de la Tour.

Skrip Dolittle ditulis sendiri oleh Stephen Gaghan bersama-sama Thomas Shepherd, manakala penerbit terdiri daripada Susan Downey, Jeff Kirschenbaum dan Joe Roth




Related posts

Matt Reeves Dedah Kenapa Dia Tolak Skrip Yang Ditulis Oleh Ben Affleck

Kakimuvee

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Asia

Kakimuvee

Bintang “Ant-Man 3” Evangeline Lilly Dikecam Kerana Menentang Mandat Vaksin

Kakimuvee

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman