You are here Home » Universal Lancarkan Trailer Filem Seram “The Turning”

Universal Lancarkan Trailer Filem Seram “The Turning”

Universal dan Amblin telah melancarkan trailer pertama filem The Turning lakonan bintang filem Terminator: Dark Fate, Mackenzie Davis dan pelakon Stranger Things Finn Wolfhard. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Diadaptasikan dari novel terkenal berjudul The Turn of the Screw karya Henry James, The Turning mengisahkan tentang seorang wanita muda (Davis) yang menjadi pengasuh kepada 2 anak yatim yang tinggal dalam sebuah mansion yang berhantu. Wolfhard akan memainkan watak salah seorang anak yatim itu.

Filem seam ini diarahkan oleh Floria Sigismondi (The Runaways, American Gods) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Jade Bartlett (Black List). Scott Bernstein dan penerbit filem IT, Roy Lee bertindak selaku penerbit.

The Turning dijangka akan ditayanbkan pada 24 Januari 2020.

BACA:  Rasai Ketakutan Diburu Buaya Dalam Trailer Filem Crawl
Loading...