Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal & Dwayne Johnson Terbitkan Reboot Scorpion King

Sudah 19 tahun penonton menyaksikan Dwayne “The Rock” Johnson melangkah ke dunia Hollywood menerusi peranannya sebagai Mathayus dalam filem The Mummy Returns, diikuti dengan peranan utamanya dalam spin-off The Scorpion King pada tahun 2002.

Sekarang dia dan Universal Pictures bekerjasama untuk menghasilkan reboot The Scorpion King, lapor Deadline.

Dicipta oleh penulis dan pengarah The Mummy Stephen Sommers, filem terbitan tahun 2002 itu berpusat pada watak lakonan Johnson, Mathayus, 5000 tahun sebelum peristiwa penggembaraan dalam filem The Mummy lakonan Brendan Fraser.

Ia menceritakan kisah seorang pahlawan pada pasir yang bangkit menentang tentera jahat yang memusnahkan tanah airnya, dan akhirnya menjadi legenda Scorpion King.

Filem reboot ini ditulis oleh Jonathan Herman (Straight Outta Compton) dan diterbitkan Johnson dan Dany Garcy menerusi syarikat penerbitan mereka, Seven Buck Production serta studio Universal Pictures.

Sumber melaporkan, pihak studio akan mencari pelakon baru untuk bawa watak utama serta pengarah. Memandangkan projek ini sangat dekat dengan Johnson, terdapat kemungkinan dia akan membuat penampilan dalam filem tersebut. Setakat ini butiran plot masih belum didedahkan. 

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment