Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal Akan Tamatkan Francais Fast & Furious, Justin Lin Arahkan Dua Filem Terakhir

Bermula dengan aksi perlumbaan, kemudian menjadi misi menyelamatkan dunia, akhirnya Universal Pictures membuat keputusan untuk membungkus francais Fast & Furious yang bernilai hampir $6 billion dollar. Menurut laporan Deadline, dua filem terakhir akan diarahkan Justin Lin, yang sebelum ini telah mengarahkan tiga buah filem Fast & Furious. 

Walaupun perkembangan filem masih diperingkat awal, penulis skrip Chris Morgan akan kembali untuk menulis dua filem terakhir. Pelakon Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel dan Sung Kang juga bersiap sedia kembali, cuma bintang Hobbs & Shaw, Dwayne Johnson dan Jason Statham tidak dipastikan sama ada mereka akan terlibat ataupun tidak.

Diesel serta beberapa pelakon lain, krew dan pihak studio telah memberi ‘hint’ bahawa francais Fast & Furious mungkin akan berakhir selepas filem kesepuluh. Dengan kejayaan spin off yang dibintangi Johnson dan Stathampihak studio dilihat berpotensi untuk melewati kisah utama francais. Sekuel Hobbs & Shaw kini sedang dibangunkan Morgan, manakala satu lagi filem spin-off yang dipimpin pelakon wanita akan dihasilkan tidak lama lagi. Selain itu juga, siri animasi Netflix  Fast & Furious Spy Racers kini sudah memasuki musim kedua. 

Dalam filem F9 akan datang, Dom Toretto sedang menjalani kehidupan yang tenang bersama Letty dan anaknya, Brian, tetapi mereka tidak tahu bahaya yang bakal menganggu kehidupan mereka. Kali ini, ancaman itu akan memaksa Dom untuk menghadapai dosanya yang lalu jika cuba menyelamatkan orang-orang yang paling dia cintai. Dengan bantuannya krewnya, mereka bersama untuk menghentikan ancaman dari penjahat yang diketuai oleh pembunuh paling mahir dan pemandu hebat yang tidak pernah mereka temui; seorang lelaki yang juga kebetulan adalah abang Dom yang dilupakan, Jakob (John Cena).

F9 diarahkan Justin Lin, sebelum ini telah memimpin filem ketiga, keempat, kelima dan keenam ketika ia mula menjadi blockbuster di seluruh dunia. Vin Diesel kembali meneruskan peranannya sebagai Dom Toretto bersama-sama pelakon asal Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, dan Sung Kang. Mereka turut disertai Helen Mirren dan pemenang Oscar, Charlize Theron. F9 turut menampilkan Cardi B sebegai Leysa, wanita yang mempunyai hubungan dengan Dom dimasa lalu.

Diterbitkan oleh Neal H. Moritz, Vin Diesel, Jeff Kirschenbaum, Joe Roth, Justin Lin, Clayton Townsend, dan Samantha Vincent, F9 akan menemui penonton pada 28 Mei 2021. 

Related posts

The Croods: A New Age Dominasi Kutipan Box Office

Kakimuvee

Yelena Belova Akan Muncul Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”?

Kakimuvee

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

1 comment

ExCrewPawagam October 22, 2020 at 11:28 am

harap2 ada scene dekat bulan 😉

Reply

Leave a Comment

Add your own review

Rating