Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

United International Pictures Dedah Tarikh Tayangan “A Quiet Place Part II” Di Malaysia

Selepas menunggu sejak tahun lalu, United International Pictures (UIP) Malaysia telah mendedahkan tarikh tayangan rasmi filem sekuel yang dinantikan. A Quiet Place Part II, iaitu pada 3 Jun 2021. 

Dalam A Quiet Place: Part II, setelah peristiwa menakutkan di rumah, keluarga Abbott (Emily Blunt, Millicent Simmonds, Noah Jupe) kini harus menghadapi ketakutan dunia luar ketika mereka meneruskan perjuangan mereka untuk terus hidup dalam diam. Terpaksa meneroka perkara yang tidak diketahui, mereka dengan cepat menyedari bahawa makhluk yang memburu dengan mendengar bunyi bukan satu-satunya ancaman yang dihadapi mereka.

Emily Blunt kembali meneruskan wataknya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Mereka turut disertai pendatang baru dalam francais ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou. John Krasinski sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar. 

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment