Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Unfriended: Dark Web Trailer & Poster

BH Tilt telah melancarkan trailer rasmi dan poster filem Unfriended: Dark Web, sekuel filem Unfriended yang ditayangkan pada tahun 2014. Anda boleh tonton trailer dan poster tersebut dibawah.

Unfriended: Dark Web mengisahkan Matias, pemuda berusia 20an yang membuka laptop yang baru dijumpainya. Semasa melakukan panggilan video kepada rakan-rakannya, Matias menemui fail-fail video yang sangat menakutkan dan dia serta rakan-rakannya telah menonton video tersebut bersama-sama. Mereka kemudiannya mendapati, pemilik asal laptop tersebut telah memerhati mereka dan berusaha melakukan apa sahaja untuk mendapatkan laptopnya kembali.

Filem berkonsepkan ‘found footage’ ini diarahkan serta ditulis oleh Stephen Susco dan diterbitkan oleh Timur Bekmambetov, Bazelevs Productions, serta Jason Blum mewakili Blumhouse Productions. Manakala para pelakonnya terdiri daripada Betty Gabriel, Andrew Lees, Colin Woodell, dan Connor Del Rio.

Unfriended: Dark Web bakal menemui penonton pada 20 Julai, 2018.

Related posts

Diana Akan Tiba Pada Krismas Ini Dalam TV Spot Terbaru “Wonder Woman 1984”

Kakimuvee

Masa Bermain Telah Tamat Dalam Trailer “The Boss Baby: Family Business”

Kakimuvee

TV Spot “Wonder Woman 1984” Pamerkan Babak Yang Menakjubkan

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa ‘Monster Hunter’ Berikan Pandangan Pertama Ron Perlman, Palico & Banyak Lagi

Kakimuvee

Lavagirl Beraksi Dalam Teaser Trailer “We Can Be Heroes”

Kakimuvee

Daisy Ridley & Tom Holland Dalam Trailer Sci-fi Thriller CHAOS WALKING.

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating