Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Uncharted: Tom Holland Kongsi Gambar Pertama Nathan Drake

Nolan North, yang dikenali sebagai pelakon suara Nathan Drake untuk permainan video Uncharted, telah kongsikan gambar rasmi filem adaptasi permainan video terbitan Sony Pictures dilaman Instagram miliknya. Salah satu gambar tersebut memaparkan dia melawat set penggambaran sambil ditemani Tom Holland. 

Selain itu juga, Holland turut kongsikan pandangan pertamanya sebagai Nathan Drake. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

https://www.instagram.com/p/CGplHJhFf3j/?igshid=bkcsuph50mf7

https://www.instagram.com/p/CGpbhdLAnPA/?igshid=jzxfzxvfw6j7

Uncharted merupakan prekuel kepada siri permainan video dimana ia akan menceritakan Nathan Drake (Tom Holland) yang pertama kali berhadapan dengan bakal rakannya, Victor Sullivan (Mark Walberg) dan akan membentuk cerita yang akan mengaitkan keseluruhan francais permainan video Uncharted.

Pengarah Zombieland dan Venom, Ruben Fleischer diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini. Menyertai Holland dan Mark Wahlberg adalah Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle. 

Berdasarkan permainan video aksi penggembaraan berjudul Uncharted: Drake’s Fortune yang dihasilkan Naughty Dog dan Sony Interactive. Ia membawa pemain menyertai penggembaraan keturunan pengembara terkenal Sir Francis Drake, iaitu Nate Drake – seorang pemburu harta karun yang menjumpa kota emas El Dorado yang terletak di Amerika Selatan. Pencariaannya bagaimanapun turut disertai musuhnya dan terpaksa berhadapan dengan makhkluk-makhluk menakutkan.

Uncharted akan ditayangkan pada 16 Julai 2021. 

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment