
Poster baharu untuk Moonfall, filem bencana sains fiksyen terbaru dari pengarah Independece Day dan The Day After Tomorrow, Roland Emmerich, telahpun didedahkan kepada umum.
Slogan pada poster berbunyi “pada tahun 2022 umat manusia akan menghadapi sisi gelap bulan,” manakala akaun Twitter rasmi filem itu telah menambah: “Tiada apa yang boleh anda lakukan – ianya adalah gerhana bulan sepenuhnya untuk umat manusia.” Saksikan poster terbaru dibawah:
There's nothing you can do – it’s a total eclipse of humanity. #Moonfall in theaters & @IMAX February 4. pic.twitter.com/2FWJJx1FPW
— Moonfall (@MoonfallFilm) January 3, 2022
Moonfall diarahkan oleh Rolan Emmerich dari lakon layar yang ditulis olehnya bersama Harald Kloser dan Spenser cohen. Filem ini turut dibintangi John Bradley (Game of Thrones), Michael Peña (Battle: Los Angeles), Charlie Plummer (All the Money in the World), Kelly Yu, Eme Ikwuakor (On My Block), Carolina Bartczak (X-Men: Apocalypse), dan Donald Sutherland (The Hunger Games).
“Dengan hanya beberapa minggu sebelum dunia di ambang kemusnahan, eksekutif NASA yang juga bekas angkasawan, Jo Fowler yakin dia mempunyai kunci untuk menyelamatkan kita semua.” Baca sinopsis.
Tetapi hanya satu angkasawan dari masa lalunya, Brian Harper dan ahli teori konspirasi K.C. Houseman, mempercayainya. Wira-wira yang tidak mungkin ini akan melakukan misi terakhir yang mustahil ke angkasa lepas, meninggalkan semua orang yang mereka cintai, hanya untuk mengetahui bahawa Bulan kita tidak sama seperti yang kita fikirkan.”
Moonfall akan ditayangkan pada 14 Februari 2022.
TONTON TEASER TRAILER DISINI.