Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Ultraman Taiga Akan Disiarkan Diseluruh Dunia


Semasa sidang media di Malaysia pada baru-baru ini, syarikat Tsuburaya Productions telah mengumumkan, rancangan terbaru francais Ultraman iaitu Ultraman Taiga akan disiarkan diseluruh dunia mulai tahun hadapan.

Selain itu juga, pihak Syarikat turut mengumumkan, rancangan Ultraman sebelum ini, iaitu Ultraman R/B akan mula disiaran di Astro TV pada 30 Ogos nanti.

Ultraman Taiga merupakan rancangan ke-31 dalam “Ultra Series” dan juga pahlawan Ultra pertama dalam era Reiwa. Ianya telah disiarkan stesen televisyen TV Tokyo pada 6 Julai yang lalu dan kini telahpun memasuki episod ketujuh.

Ultraman Taiga (tengah), Ultraman Titas (kiri), Ultraman Fuma (kanan)

Buat pertama kalinya dalam francais Ultraman, karakter utama Hiroyuki Kuda (lakonan Yuki Inoue) dapat berubah menjadi tiga wira berbeza iaitu Ultraman Taiga, Ultraman Titas dan Ultraman Fuma. karakter utama itu juga merupakan anak kepada Ultraman Taro

Ultraman R/B merupakan rancangan ke-30 dalam “Ultra Series” dan juga siri terakhir dalam era Heisei. Rancangan yang mengandungi 25 episod ini telah disiarkan pada awal Julai dan berakhir pada pertengahan Disember tahun lalu.


Tambahan lain, Tsuburaya Productions akan melancarkan siri atas talian yang berjudul Ultra Galaxy Fight yang akan menampilkan Ultraman dari “Hew Generation Heroes” yang akan menentang “League of Darkness”. Siri tersebut boleh didapati di laman rasmi Youtube Tsuburaya pada 29 September akan datang.

Sumber: animenewsnetwork.com


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee