Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Ultraman Ribut Sertai Minisiri Youtube Terbaru Ultraman!

Francais Ultraman telah menyambut Ultraman pertama Malaysia – Ultraman Ribut!

Menurut Geek Culture, Ultraman Ribut akan menyertai barisan Ultraman popular yang lain, termasuklah Ultraman Max dan Zero dalam minisiri Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy yang baru dilancarkan pada November 2020.

Minisiri terbitan Tsuburaya Productions itu berdurasi 12 minit bagi setiap episod, dan akan memaparkan misi Galaxy Rescue Force dalam menewaskan penjahat raksasa yang mengganas di serata kosmos. 

Ultraman Ribut pertama kali diperkenalkan pada 2015, di siri televisyen animasi tempatan Upin & Ipin, dalam episod yang diterbitkan secara bersama dengan Tsuburaya. Dalam episod itu, peminat dapat menyaksikan gaya pertarungan unik Ultraman Ribut yang mana ia diinspirasikan dari seni mempertahankan diri Pencak Silat.

Sejak debutnya, Ultraman Ribut telah berkembang menjadi salah satu pahlawan fiksyen paling ikonik di Malaysia, dengan banyak mainan, patung aksi dan barang dagangan telah memasuki pasaran. Selain itu juga, Ribut turut disambut mesra di kalangan peminat Jepun ketika membuat debutnya di Jepun sebagai watak sampingan dalam minisiri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes (2019). 

Anda boleh saksikan episod pertama Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy, yang dibintangi Ultraman Ribut, di YouTube.

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Zulaikha

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

“The Veil” Umum Spin-Off 2 Episod Yang Memberi Fokus Pada Watak Park Ha Sun

Zulaikha

Leave a Comment