Siapa sangka, Urutoraman Ributto atau juga dikenali sebagai Ultraman Ribut, akan membantu Ultraman Retsuden Baru dalam minisiri terbaru terbitan Tsuburaya Production, berjudul Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes.
Penglibatan Ultraman Ribut dalam minisiri tersebut menandakan debut ‘live action’ pertamanya, selepas membuat penampilan dalam siri animasi Upin & Ipin.
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes akan menyaksikan Ultraman Taro akan mendapatkan bantuan beberapa ‘New Generation Heroes’ Ultraman berserta Ultraman Ribut, Zero dan Ultrawomen Grigio untuk berhadapan dengan penjahat utama iaitu Ultra Dark Killer dan Ultraman Tregear.
Peristiwa dalam siri ini nanti akan menjadi pengenalan yang suram buat rancangan televisyen Ultraman Taiga, serta akan turut menjadi siri spin off kepada filem Ultraman R/B the Movie yang telah ditayangkan pada Mac yang lalu.
Untuk info, Ultraman Ribut adalah hasil kerjasama antara syarikat Tsuburaya Productions dan Les’ Copaque. Karakter adiwira Ultra itu telah membuat enam penampilan dalam animasi Upin & Ipin iaitu pada episod 25,26 dan 27 musim ke-8 serta episod 28,29 dan 30 musim ke-9.
Selain itu juga, Ultraman Ribut juga menjadi keluarga rasmi Ultraman ketika sambutan Ultraman Day “The Legends 1966” pada tahun 2016 yang lalu.
Kepada yang ingin melihat Ultraman Ribut beraksi dalam Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes, jangan lupa saksikannya di laman Youtube rasmi ULTRAMAN OFFICIAL by TSUBURAYA PROD. pada 29 September ini.