Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Wonder Woman Review

Ok, Gal Gadot berketurunan yahudi dan asal dari Israel. ‘Pakej lengkap’ kalau nak boikot cerita ni kannnn, Lubnan pun memang boikot filem ni ditayangkan di negaranya. Ok tu terpulang. Aku tak nak ulas pasal ni, isu sensitif.. banyak hujah-hujah yang keluar nanti. So mohon berlapanglah dada baca ulasan aku ni ya, kita ketepikan ‘isu’ tu, baca lah ulasan aku ni sebagai hiburan semata-mata.

Dengan Wonder Woman, DC akhirnya mendapat nafas baru dan boleh menarik nafas dengan sedikit lega, dan berada di jalan yang benar untuk membuat filem-filem DC yang lebih baik selepas ini. Yelah, sejak Man Of Steel (MoS boleh dikategorikan sebagai bagus juga), Suicide Squad dan BVS, DC dikecam teruk, walaupun rata-rata filem DC laris dengan kutipan yang laku.

Setelah ledakan filem dari komik yang tampaknya tak berkesudahan, akhirnya kita mendapat satu filem superhero wanita paling ikonik sepanjang masa. Dengan ulasan-ulasan positif yang diberi oleh para pengkritik, Wonder Woman dengan mudah menjadi filem DC Universe terbaik sejak Zack Snyder memulakan siri DCEU dengan Man of Steel pada tahun 2013. Sedikit humor dan pesona-ditambah dengan prestasi lakonan yang mantap oleh Gal Gadot, filem Wonder Woman ini akan menaikkan nama beliau sebagai pelakon Hollywood gred A.

Diana Prince (Gal Gadot), yang bekerja sebagai kurator (penyelia muzium) di Louvre di zaman sekarang, menerima sebuah pakej dari Bruce Wayne (easter egg ni). Kemudian filem tersebut membawa kita kembali pada zaman Themyscira, pulau legenda Amazon. Di sana Diana, puteri kepada ratu Amazon, Hippolyta (Connie Nielsen). Hippolyta memberitahu Diana yang masih kecil yang beliau mengukir Diana dari tanah liat dan membawanya ke kehidupan dengan bantuan Zeus. Hmmm Diana percaya bulat-bulat tu yang beliau diperbuat dari tanah liat. HAHAHAHA.

Diana mahu dilatih untuk menjadi seperti pahlawan-pahlawan wanita di sekelilingnya, yang boleh dibanggkan. Ibunya menentang keinginannya, tetapi ibu saudaranya, General Antiope (Robin Wright), menyebelahinya. Apabila Diana meningkat dewasa, akhirnya ibunya setuju Diana untuk dilatih, ketika latihan dengan ibu saudaranya, kekuatan Diana melampaui batasan (Diana tak tahu sebenarnya beliau ialah anak kepada Zeus dan ibunya, beliau tak diperbuat dari tanah liat. Hahaha. Sebab tu kekuatan beliau melebihi kekuatan penduduk Amazon yang ada, sebab beliau ialah Demigod). Diana juga mendapat tahu tentang dewa perang Ares, anak kepada Zeus, yang tewas ketika beliau menentang bapanya beribu tahun sebelum ini, tetapi dipercayai berkeliaran mencari mangsa sekali lagi, mencetuskan perbalahan di dunia luar yang penuh dengan lelaki.

Oleh kerana Themyscira merupakan pulau yang hanya terdiri dari perempuan sahaja dan pulau itu telah dilindungi oleh kabus dan perisai ajaib, yang menutupnya dari dunia luar, maka Diana hanya tahu sedikit tentang dunia atau lelaki. Sehinggalah Kapten USAF, Steve Trevor (Chris Pine), yang memandu pesawat pejuang German terjatuh di dalam perairan di pulau Themyscira ketika melarikan diri selepas mencuri buku nota kepunyaan Dr Poison semasa misi pengintipan. Diana menyelamatkan Steve, dan menolong Steve bersama dengan pahlawan Amazon yang lain bertarung dengan askar German yang mengikuti Steve. Steve ditangkap dan dihadapkan berjumpa dengan Ratu Amazon, dan terpaksa memberitahu perkara sebenar tentang misinya dan tentang perang yang mengakibatkan rakyat tak bersalah terbunuh, selepas dililit dengan Lasso of Truth (tali ni kalau dililit memang tak boleh cakap tipu, automatik jujur terus, hahahaha)

Dipendekkan cerita, Diana menolong Steve keluar dari Themyscira, dan ingin membantu menghentikan perang dan Diana yakin yang Ares yang terlibat dalam kekacauan ini. Ok sampai sinilah sinopsis aku, nak tahu tengok sendiri. Hahahahah

Wonder Woman merupakan sebuah filem Superhero antara yang terbaik pernah dihasilkan, kudos kepada Patty Jenkins yang mengarahkan filem ini menjadi sebuah karya DC yang membuka mata para pengkritik yang melabel filem DC ini sampah sebelum ini. Patty Jenkins juga mencipta rekod filem yang mengutip keuntungan yang tinggi untuk minggu pertama tayangan dari filem yang diarahkan oleh pengarah wanita. CGI filem ini tak keterlaluan seperti filem BvS, yang melampau-lampau CGI nya, dalam gelap tu gelap betul langsung tak nampak apa, dengar bunyi efek je. Tapi CGI dalam WW ni dalam gelap pun boleh jelas nampak. Aksi pertarungan secara keseluruhannya memang A, lagi- lagi masa di perbatasan tu.

Cuma aku tak berapa rasa musuh WW iaitu Jeneral German, Erich Ludendorff (Danny Huston) dan konconya, ahli kimia Dr. Poison (Elena Anaya), dan juga abang Diana iaitu Ares (Robert Thewlis) tak memberi ancaman yang kuat sangat pun.

Selain aksi yang ditonjolkan, pembawaan cerita juga berjalan dengan lancar, yelah filem ini sebenarnya filem pengenalan diri untuk Wonder Woman. WW juga mengetengahkan kisah cinta yang padu dan menyentuh perasan dan boleh rasa keserasian di antara Diana dan Steve, lancar je macam bukan dibuat-buat. Runut bunyi WW ni memang power, lagi-lagi lagu tema WW yang ni, bila dengar terasa semangat luar biasa merasuk diri ini :

ost asal lagu ni digubah oleh Hans Zimmer dan Junkie XL, tetapi untuk OST Wonder Woman ini digubah oleh Rupert Gregson-Williams. Hans Zimmer katanya tak akan menggubah lagu untuk superhero lagi. OST Justice League nanti digubah oleh Junkie XL.

Apapun Wonder Woman memang sebuah filem Superhero yang boleh dikatakan setaraf naskahnya dengan filem superhero terbaik yang lain, dan setanding dengan filem Superman lakonan Christopher Reeve. Gal Gadot peranannya memang sempurna sebgai Wonder Woman. Beliau membawa karakter WW seperti yang aku harapkan iaitu nampak naifnya, cantik, berani, sopan dan seorang pejuang. Girl power!!!

Rating aku bagi 9/10. (dah tengok 2 kali)

 

Related posts

Review Filem: Backstage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Makmum 2 (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: Sing 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Siti: Are You Ready? (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Don’t Look Up (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Spider-Man: No Way Home (2021)

Kakimuvee