Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

The Mummy (2017) Review

Dengan The Mummy, Universal memulakan satu alam baru tentang ‘monster’, yang mana disebut “Dark Universe”, yang menampilkan versi reboot dari semua Universal Monster klasik mereka, seperti Invisible Man, The Wolf Man, Frankenstein, Bride of Frankenstein, Dracula, The Creature from the Black Lagoon, Phantom of The Opera, Hunchback of Notre Dame dan bermacam lagi. Aku syak laa kan bila dah banyak filem monster ni, akan dibuat satu filem tentang team macam The League of Extraordinary Gentlemen.

Puteri Mesir, Ahmanet (Sofia Boutella) membunuh bapanya, isteri baru bapanya dan bayi lelaki bapanya (merangkap adiknya) apabila menyedari beliau tidak lagi akan mewarisi takhta sebagai Firaun seperti yang dijanjikan, dan beliau telah membuat perjanjian dengan Set iaitu dewa kematian, untuk melaksanakan ritual yang akan membolehkan beliau untuk dilahirkan semula dalam badan manusia. Rancangan Ahmanet digagalkan dan dia dimumia hidup-hidup, dan pisau upacara yang diperlukan untuk menyempurnakan ritual itu terpisah dari batu permata yang memegang kunci kekuatan Set.

Selepas beberapa ribu tahun, Tom Cruise yang memainkan watak sebagai Sarjan Nick Morton, askar US yang bertukar kerjaya kepada pemburu harta karun, yang menggunakan latar belakang ketenteraannya untuk membantu dirinya memburu mana-mana yang menggunakan latar belakang tentera untuk membantu dirinya kepada mana-mana harta karun yang tak ternilai harganya.

Beliau ke Iraq, bersama-sama ahli arkeologi Dr. Jenny Halsey (Annabelle Wallis), ke makam Mesir purba Ahmanet, (Ya, makam Mesir ini dikebumikan di Iraq. Jangan risau, dalam filem ini ada penjelasannya, walaupun tak terperinci mana.) Makam ini terletak di bawah sebuah kampung di  Iraq, tepat pada masa terdapat ahli arkeologi menggali tapak pengebumian Knights Templar di London, yang  kebetulan mengandungi batu permata yang diperlukan Ahmanet.

Dipendekkan cerita Nick terlibat dalam nahas udara bangun dan menyedari beliau tidak mati dalam kemalangan itu. Beliau kemudiannya disambut oleh Dr Henry Jekyll (Russell Crowe), ahli sains yang terkenal yang mendedikasi hidupnya untuk menghapuskan kejahatan di dunia, mencipta  ramuan dan meminumnya, yang mengakibatkan beliau menjadi Edward Hyde yang mengerikan dan merbahaya.

Jekyll, yang merupakan pengasas, komander dan pengarah organisasi pemburu ‘Monster’ iaitu Prodigium, menyatakan kepada Nick bahawa Nick telah dipilih oleh Puteri Ahmanet sebagai kunci untuk Ahmanet menghancurkan kemanusiaan dan mengembalikan perintah bumi ke tangannya. Jekyll menjelaskan sebab inilah kenapa Nick tidak mati dalam nahas udara itu. Ahmanet mulai menghantui ‘penglihatan’ Nick, kerana Ahmanet telah memilihnya sebagai ‘Yang Terpilih’, lelaki yang Ahmanet akan tikam dengan pisau purbanya dan dengan demikian akan mewujudkan Set.

Dark/Monster Universe ni nak buat macam Marvel Universe dan DC Universe lah kiranya dengan menampilkan karakter-karakter monsternya dan memulakan universenya dengan ‘play-safe’ melalui The Mummy, tak lah teruk sangat tetapi tidaklah bagus sangat. Tetapi filem ini menarik lah kalau nak tonton, cuma janganlah expect yang lebih-lebih, mengharap cerita ni power sangat ke apa. Filem ni enjoyable cuma ada sedikit perlahan, tak ‘deep’ dan lurus je ceritanya memang senang nak faham, tak ada metafora bagai. Cuma di hujung cerita lah macam buat tertanya-tanya sedikit, biasalah cliffhanger kan. Filem ni P13 ya. Durasi masa 1 jam 50 minit.

Watak Tom Cruise dalam filem ni aku tak berapa rasa sangat, macam salah pilih watak je rasa macam tak berfungsi sangat. Watak beliau kalau diringkaskan seperti pencuri rakus melalui pengalaman yang ekstrem, mati hidup semula, jatuh cinta, menjadi ‘mayat hidup’ dan memulakan francais Dark Universe. Hahahaha. Tom Cruise macam tak kena pegang watak pemburu harta karun, tak macam Harrison Ford, Nicolas Cage mahupun Brendan Fraser.

Dalam filem ni beliau juga cuba untuk menjadi seperti ‘lelaki yang kasar dan sombong’, tapi tak berjaya, kena berguru dengan Kurt Russell kalau nak jadi macamtu. Tom Cruise pun rasanya macam gagal dalam menjiwai watak humor. Rasanya Bradley Cooper, atau Chris Pine lagi sesuai pegang watak Nick ni. Tapi bab aksi tu memang terbaiklah dari Tom Cruise. Tapi kalau siapa yang minat Tom Cruise tu, tak dinafikan lakonan beliau solid, cuma ada ketika rasa macam beliau jadi diri sendiri je dalam tu, bukan jadi Nick.

Sofia Boutella membawa karakter sebagai Puteri Ahmanet dan sebagai monster yang sangat berkuasa dan menyeramkan ini agak bagus juga. Beliau macam Echantress dalam Suicide squad tetapi sudah semestinya beliau lagi power.

Russell Crowe sebagai Dr. Henry Jekyll sangat sesuai untuk penampilannya, lakonan yang mantap tanpa perlu dipertikaikan lagi. Sebagai Dr. Jekyll, beliau kiranya macam Nick Fury lah di Dark Universe ini, yang mengumpul kesemua Monster untuk mencipta satu team dalam Dark Universe, atau sebagai Mr. Hyde, beliau mungkin akan mencita satu ‘neraka’ Universe tentang Monster.

Book Of The Living/Dead yang ada dalam The Mummy 1999 membuat penampilan. Memberi petunjuk kedua-dua Mummy baru dan lama mungkin di alam semesta yang sama. Tak pasti Tom Cruise tu nanti jadi apa, macam ‘Serigala’ pun ada macam ‘Drakula’ pun ada, boleh hidupkan orang mati tu.

Filem yang diarahkan oleh Alex Kurtzman ini, dengan enam orang penulis skrip yang dikreditkan di filem ini, tidak hairanlah plot The Mummy  kucar-kacir dan agak kelam-kabut terasa seperti beberapa filem yang berbeza telah dihimpunkan ke sebuah filem.

Secara keseluruhan, aku enjoy je tengok The Mummy ni. Ini adalah satu permulaan yang baik kepada Dark Universe dengan menampilkan pelakon-pelakon yang ternama, tak sabar nak tengok ke mana arah tuju Dark Universe selepas ini dan bagaimana perjalanan Universe ini. Harap filem-filem Monster selepas ini lagi hebat dari The Mummy ini.

Rating : 6/10

Related posts

Review Filem: Doctor (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dune (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Dark Spell (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Chinese Doctors (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Frontliner (2021)

Ahmad Fariszuan

Review: Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment