Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Annabelle Creation (2017) Review

Filem Annabelle Creation arahan David F Sandberg ini prekuel kepada filem Annabelle (2014), berlatarbelakangkan tahun 1950-an. 12 tahun selepas kehilangan anak perempuannya, dikenali sebagai Bee (Samara Lee), dalam kemalangan kereta (ada ditunjukkan dalam prolog), bekas pereka anak patung Sam Mullins (Anthony LaPaglia) dan isterinya Esther Mullins (Miranda Otto) membuka rumah mereka kepada enam kanak-kanak perempuan yatim piatu dan seorang biarawati (Stephanie Sigman).

Yang termuda sekali di kalangan kanak-kanak perempuan itu adalah adik beradik, Linda (Lulu Wilson) dan Janice (Talitha Bateman), Janice mengalami kecacatan kaki, berjalan dengan pendakap kaki dan tongkat akibat polio.

Secara ringkas, Janice mula melihat penampakan yang menakutkan. Dia menjumpai anak patung setan itu di dalam bilik terkunci yang dipenuhi dengan helaian muka surat dari Bible.

Tidak ada yang baru, dan kelainan dalam filem horror ini, sama macam filem-filem tipikal horror, ada babak babak yang klise, mungkin agak bosan sedikit sebab kita dah boleh jangka. Tetapi pujian harus juga diberikan kepada Sandberg kerana beliau tahu bagaimana untuk mennimbulkan ketegangan, di mana ada terasa di bahagian sudut-sudut yang ada sesuatu menakutkan sedang mengintai.

Jalan cerita boleh tahan tak berapa seram sangat lah, hahahaha. Tapi lagi better dari Anabelle (2014) kot aku rasa, ada banyak part tak logik, kemunculan hantu yang boleh diduga, lepas tu kanak-kanak degil yang dah tahu tempat tu berhantu tapi masih lagi nak masuk bilik tu walaupun dah dilarang.

Beberapa watak kanak-kanak dalam filem ini juga tak ada beri apa-apa makna dalam cerita ni. Hanya Janice, Linda, Nancy dan Carol je yang ade peranan.

Antara babak tak logik :

— Terkesima dgn keberanian Linda buang patung Anabelle tu.
— Janice tu tak padan kena polio tapi degil gila. Dah cakap jangan masuk bilik tu, masih masuk lagi
— Sister Charlotte pulak dah terapung dan kena campak dekat cermin, esoknya maintan tak ada kecederaan.

— Si linda tu pulak dah takut, dah nampak setan tu dalam bilik boleh lagi steady terus tidur.

— Linda tu muka dia macam patung Annabelle sikit. Hahaha

Ada babak middle credit dan post credit. Aku cerita pasal middle kredit je lah. Post kredit tengok sendiri!! Jangan balik, tunggu sampai habis keluar nama-nama tu.

** Ada babak middle credit, masa Sister Charlotte tunjuk gambar dia dekat Encik Mullins mase dekat Romania dulu, ada Valak dalam gambar tu.

Rating: 6.5/10

Related posts

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Seo Bok (2021)

Kakimuvee

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee