Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tyrese Gibson Mahukan ‘Crossover’ Antara “Fast & Furious” & “Transfromers”


Filem Fast & Furious telah banyak berubah sejak ansuran pertama yang dirilis pada tahun 2001, dari perlumbaan jalanan sehinggalah melakukan aksi gila dan adegan pertarungan yang sengit. Ansuran terbaru, F9: The Fast Saga, dilaporkan memberi petunjuk untuk membawa penonton ke luar angkasa, jadi adakah francais Fast & Furious akan terus memberikan cerita dan adegan diluar kotak pemikiran penonton?

Terdapat salah satu kemungkinan untuk ‘crossover’ dengan francais Jurassic World dimana Dominic Toretto dan krewnya melawan dinosaur. Tetapi bagi Tyrese Gibson, dia memikirkan satu acara ‘crossover’ yang cukup besar, iaitu dengan Transformers!

“Saya tidak tahu apa-apa, kawan,” katanya kepada ComicBook.com ketika ditanya mengenai khabar angin Fast & Furious/Jurassic WorldSaya berfikir bahawa crossover akan lebih menarik antara Transformers dan Fast berbanding Jurassic Park. Kereta yang menjadi robot dan sebaliknya. Kita boleh melakukannya terlebih dahulu dan kemudian pergi ke dinosaur.”

Isu hakcipta membuatkan pertembungan di antara Dom dan Optimus Prime agak sukar, tetapi memandangkan Universal Pictures memegang hakcipta untuk Fast & Furious dan Jurassic World, berkemungkinan besar ‘crossover’ antara dua francais itu lebih masuk akal.

Ketika pengarah Jurassic World: Dominion Colin Trevorrow ditanya mengenai crossover Fast & Furious/Jurassic World awal bulan ini, dia menjawab: “Saya tidak mahu mengatakan apa-apa kerana meme pasti akan berhenti. Realiti tidak begitu menyenangkan. Maksud saya, pernah mendengar apa-apa mengenai crossover francais? Sudah tentu tidak. Tetapi adakah saya seronok melihat orang menganggapnya serius di Twitter? ya, saya seronok. Jadi, mari kita terus berseronok dengannya. “


Perlukah francais Fast & Furious membawa kegilaannya kepada francais lain, seperti Jurassic World? kongsikan pendapat anda. 


Related posts

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa

Kakimuvee

Vin Diesel Bengang Dengan Lakonan ‘Berlebihan’ Jason Momoa Dalam ‘Fast X’

Kakimuvee

[VIDEO] Dwayne Johnson Tamatkan Pertelingkahannya Dengan Vin Diesel

Kakimuvee

Spin-Off & Filem Wanita ‘Fast & Furious’ Kini Sedang Dalam Pembangunan – Vin Diesel

Kakimuvee

‘Fast X’ Gagal Atasi Kutipan Minggu Pembukaan ‘Fast 9’

Kakimuvee

Review Filem: Fast X (2023)

Kakimuvee