
tvN telah mendedahkan trailer terbaru drama aksi Vincenzo lakonan Song Joong Ki, Jeon Yeo Bin, Taecyeon, Yoo Jae Myung dan ramai lagi.
Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo.
Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.
Dalam teaser dibawah, Hong Cha Young dilihat terpaksa menjalin kerjasama dengan Vincenzo, sambil berkata, “Pastikan anda tidak membunuh sesiapa pun.”
Drama ini diarahkan oleh Kim Hee Won, yang pernah berkerja dalam The Crowned Clown dan Money Flower, dan ditulis oleh Park Jae Bum, yang pernah menulis The Fiery Priest, Good Manager, Good Doctor dan God’s Quiz.
Vincenzo turut dibarisi pelakon hebat seperti Taecyeon, Yoo Jae Myung, Kim Yeo Jin, Kwak Dong Yeon, dan Jo Han Chul. Drama terbaru ini akan memulakan tayanganya pada 20 Februari dan boleh ditonton di Netflix.