Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo


tvN telah melancarkan poster pertama drama akan datang Hometown. 

Hometown ditetapkan di kawasan pedalaman sebuah kota kecil pada tahun 1999 dan berpusat di sekitar Choi Hyung In (Yoo Jae Myung), seorang detektif polis yang sedang menyiasat serangkaian pembunuhan aneh, dan Jo Jung Hyun (Han Ye Ri), yang sedang mencari anak saudaranya yang hilang. Mereka berdua terlibat dalam satu insiden dengan pengganas bernama Jo Kyung Ho (Um Tae Goo).

Poster terbaru, yang anda boleh lihat dibawah, mempunyai struktur yang unik di mana gambar itu kelihatan terbalik seperti pantulan di dalam air. Kapsyen berbunyi, “Tempat di mana semuanya terbalik.”

Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, dan Um Tae Goo berdiri di hadapan sebuah kota yang kelihatan seperti biasa, kecuali kegelapan, lampu merah, dan kesan penyimpangan memberikannya suasana yang menyeramkan. Di bandar kecil ini, terdapat pembunuhan bersiri dan kejadian keganasan pada masa lalu, di mana semuanya ada permulaannya. 

Hometown, yang diarahkan oleh Park Hyun Suk (Forest of Secrets 2), akan memulakan tayangannya pada September ini.


Sumber: Soompi


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee