Kerana tidak memiliki wajah kacak, nama pelakon Amerul Affend sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika namanya dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen tersebut.
Walaupun kecewa dengan syarat stesen berkenaan, Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, dia tetap akur kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.
“Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance untuk filem Pekak.
“Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain dia tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial,”Ā Amerul Affend
Aduh, nama masih tak lepas kat Tv3.. Maaf ye tuan sutradara tak dapat nak bersama menjayakan karya tuan.. InsyaALLAH di lain waktu.. šā
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) November 8, 2016
Amerul diminta mengulas tentang luahan perasaanya di laman sosial Twitter yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.
Kata pelakon filem Polis Evo ini, dia juga rasa bersalah terhadap pengarah Heykal Hanifah yang sudah beberapa kali memberi tawaran kepadanya.
“Saya kasihankan sutradara itu kerana sudah lama inginkan saya berlakon dalam drama arahannya, tidak apalah, mungkin rezeki saya tiada di situ,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya pendapat dia tentang kepentingan media sosial, Amerul berkata, ia sudah menjadi trend stesen televisyen untuk mencari artis yang mempunyai pengikut ramai.
Katanya, ia bagus dan membantu sesebuah drama mendapat perhatian penonton. Bagaimanapun tambahnya, ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih mengutamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut laman sosial.
“Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat,” ujarnya.
Sebenarnya sudah menjadi trend dalam dunia hiburan mereka lebih memilih paras rupa dari bakat. Banyak artis dan pelakon yang terkenal hanya disebabkan paras rupaĀ dan kontroversi yang mereka lakukan, tapi apabila kita melihat prestasi lakonan atau nyanyian, ianya sekadar suam-suam kuku
Selain dari berlakon dalam Polis Evo,Ā Amerul Affend turut pernah berlakon dalamĀ Bunohan, Karaoke,Ā NovaĀ dan yang terbaru Pekak