Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

TV-Spot Zombieland Paparkan Rahsia Kemandirian Madison

Sony Pictures telah melancarkan tv-spot terbaru filem sekuel Zombieland: Double Tap yang memaparkan banyak rakaman terbaru yang melibatkan karakter lakonan Zoey Deutch dan Luke Wilson. Anda boleh saksikan tv-spot tersebut dipemain video dibawah.

Zombieland: Double Tap! menyaksikan pengarah, Ruben Fleischer serta penulis skrip, Rhett Reese dan Paul Wernick kembali terlibat dalam projek sekuel ini. Selain itu juga, pelakon asal iaitu Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin turut meneruskan watak masing-masing.

Sekuel kali ini menyaksikan Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock bergerak ke lokasi-lokasi penting di Amerika dan terpaksa menentang zombi yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama mereka perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing.

Turut membintangi filem ini adalah Bill Murray yang akan membawakan wataknya dari filem pertama, Zoey Deutch, Avan Jogia, Rosario Dawson, Thomas Middleditch, Luke Wilson dan Dan Aykroyd.

Filem Zombieland pertama yang diterbitkan pada tahun 2009 menjadi popular dikalangan peminat-peminat filem zombi dan telah berjaya meraih lebih $100 juta dolar.

Zombieland: Double Tap akan menemui penonton di Malaysia pada 31 Oktober ini.

https://youtu.be/AY4A9VCoit0

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

Leave a Comment