Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

TV Spot “Wonder Woman 1984” Pamerkan Babak Yang Menakjubkan


Seperti yang peminat tahu, filem Wonder Woman 1984 akan ditayangkan terus di platform streaming HBO Max. Walaubagaimanapun, penonton di Malaysia masih berpeluang untuk menyaksikan sekuel ini dipawagam. Sekiranya pawagam kembali beroperasi dalam masa terdekat ini, kita mungkin dapat menontonnya pada 17 Disember nanti. 

Sementara menantikan Wonder Woman 1984 ditayangkan, mari kita tengok terlebih dahulu TV Spot Hong Kong yang memaparkan rakaman yang cukup memukau. Anda boleh saksikannya dibawah. 

Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman.

Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham.



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee