Official Trailer

TV Spot The Mandalorian Paparkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Views

Kurang seminggu sahaja lagi sebelum The Mandalorian memulakan debutnya di Disney+. Bagi merancakkan tayangan perdana, Lucas Film telah melancarkan TV-Spot terbaru yang memaparkan lebih banyak rakaman terbaru. Anda boleh saksikan tv-spot tersebut dipemain video dibawah.

The Mandalorian akan menceritakan tentang seorang pahlawan yang telah muncul dalam dunia Star Wars. Ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum kemunculan First Order, siri ini akan membawa penonton merasai penggembaran pahlawan solo itu di kawasan galaksi yang luas dan berjauhan dari kekuasaan New Republic.

Pedro Pascal memainkan peranan sebagai pahlawan tunggal Mandalorian. Dia disertai Gina Carano sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat serta Carl Weathers sebagai Greef, seorang ketua kumpulan “bounty hunters” yang mengupah The Mandalorian untuk tugasan tertentu.

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Carl Weathers, Omid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte.

Jon Favreau bertindak selaku penerbit eksekutif dan showrunner untuk siri ini. Pengarah musim pertama terdiri daripada Dave Filoni, Deborah Chow, Rick Famuyiwa, Bryce Dallas Howard dan Taika Waititi. The Mandalorian akan mula bersiaran di Disney+ pada 12 November ini.

BACA:  Review The Walking Dead 7 Episod 6 "Swear"

Tinggalkan Balasan

shares