Walt Disney Pictures telah melancarkan tv-spot terbaru filem The Lion King yang memaparkan preview pendek pertarungan epik diantara Simba dan Scar. Anda boleh tonton tv-spot tersebut dipemain video dibawah.
Filem ini merupakan adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta.
Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.
The Lion King diarahkan oleh Jon Favreau dan dibintangi pelakon-pelakon suara seperti Donald Glover, Seth Rogen, Chiwetel Ejiofor, Alfre Woodard, Billy Eichner, John Kani, John Oliver, Beyoncé Knowles-Carter, serta James Earl Jones yang akan membawakan suara watak asalnya, Mufasa.
Jangan lupa saksikan filem ini di Malaysia pada 18 Julai 2019.
He is prepared. #TheLionKing pic.twitter.com/Q52ykVQwux
— The Lion King (@disneylionking) July 7, 2019