Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

TV Spot Terbaru “The Flash” Soroti Watak Batman Michael Keaton


Warner Bros. berharap reaksi positif yang diterima The Flash sewaktu CinemaCon yang lalu dapat membantu memberi kejayaan kepada filem terbaru DC Comic yang dinantikan pada tahun ini. 

Walaupun dibelenggu kontroversi yang melibatkan bintang utamanya, dan kegagalan beberapa filem superhero DC sejak kebelakangan ini, Warner Bros. berharap, The Flash dapat menarik kembali peminat, khusus selepas melihat ramai teruja melihat kepulangan Michael Keaton sebagai Batman.

Sehubungan itu, satu video promo baharu telah dikeluarkan yang menyoroti watak Keaton sebagai Batman dalam filem The Flash yang akan datang. Anda boleh lihat TV Spot tersebut dibawah:

“Barry Allen / The Flash mengembara ke masa lalu untuk menghalang pembunuhan ibunya, yang menyebabkan dia terperangkap dalam realiti alternatif tanpa metahuman,” menurut sinopsis.

Dia meminta bantuan Batman dan Supergirl daripada realiti alternatif untuk menyelamatkan dunia barunya itu daripada Jeneral Zod dan kembali ke alam semestanya”


The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League

Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen.

The Flash akan ditayangkan pada 16 Jun 2023. 


Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee