Kurang sebulan lagi sebelum tayangan filem spin off Star Wars yang berjudul Solo: A Star Wars Story. Bagi merancakkan lagi promosi filem berkenaan, pihak Disney dan Lucasfilm telah melancarkan TV Spot terbaru yang anda boleh tonton dipemain video dibawah.
Filem spin off terbaru ini mengisahkan pengembaraan salah seorang watak ikonik Star Wars iaitu Han Solo diawal penglibatannya sebagai sebagai penyeludup bagaimana karakter tersebut menjumpai rakanya iaitu Chewbacca dan Lando Calrissian.
Diarahkan oleh Ron Howard, Han Solo: A Star Wars Story dibintangi oleh Alden Ehrenreich sebagai Han Solo, Donald Glover sebagai Lando Calrissian dan Joonas Suotamo sebagai Chewbacca serta beberapa pelakon lain seperti Woody Harrelson, Paul Bettany, Emilia Clarke dan Phoebe Waller-Bridge.
Han Solo: A Star Wars Story dijangka akan menemui penonton pada 25 May 2018