Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

TV Spot Terbaru Ant-Man & The Wasp


Marvel Studios melancarkan TV Spot terbaru filem mereka akan datang, Ant-Man & The Wasp. Dalam tv spot terbaru ini ia memaparkan sedikit wajah sebenar Ghost serta sedikit aksi lucu dari Luis. Anda boleh tonton TV Spot tersebut dibawah.

Ant-Man & The Wasp diarahkan oleh Peyton Reed selepas mengambil kerusi pengarahan yang dilepaskan oleh Edgar Wright.

Selain Paul Rudd Rudd dan Evangeline Lilly, antara pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Bobby Cannavale, Michael Peña, Tip “T.I.” Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park, dan Walton Goggins.

Ant-Man & The Wasp akan menyambung dari event Captain America: Civil War dimana Scott Lang telah terpaksa menerima kesan dari perbuatannya serta cuba untuk membahagikan masanya dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa kepada anak perempuannya dan juga sebagai superhero. Hope van Dyne dan Hank Pym kemudiannya berjumpa dengan Scott Lang untuk meminta bantuannya menjalankan satu misi baru. Misi tersebut memerlukannya untuk berkerjasama dengan Hope Van Dyne aka The Wasp dan cuba membongkar rahsia dari kisah lampau

Ant-Man & The Wasp akan ditayangkan pada 28 Jun 2018 (Tayangan Malaysia)



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee