Official Trailer

TV Spot TENET Tunjukkan Penukaran Masa Dalam Thriller Sci-Fi Christopher Nolan

Views

Warner Bros. melancarkan TV spot terbaru filem sci-fi thriller Tenet arahan Christoper Nolan yang menggoda penggunaan misteri penyongsangan masa dalam filem. Anda boleh melihat TV spot tersebut di bawah!

Tenet digambarkan sebagai sebuah pengintipan thriller antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara. Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

Filem ini ditulis sendiri oleh Nolan dan mengabungkan filem IMAX dan 70mm, teknik sering dilakukan dalam filem-filem arahannya. Selain menulis dan mengarah, Nolan menerbitkan filem ini bersama-sama pasangannya, Emma Thomas.

Warner Bros. telah menetapkan tarikh tayangan Tenet iaitu pada 17 Julai 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks